Wednesday, November 25, 2009

Sebuah siri baru dalam slot Akasia.
Pelakon trdiri dr , Eira Syazira (Embun Mutiara), Kenchana Dewi (Puteri), Fezrul Khan, Zamarul Hisham


‘Cinta Balqis’ yang mengisi slot Akasia pula mengisahkan percintaan tiga segi yang cukup tragis. Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia kerana dia tahu cuma itu sahaja cara cintanya terhadap Balqis tidak dihalang. Selepas bernikah, Ezani membawa pulang Balqis ke rumah dengan harapan keluarganya akan merestui perkahwinan itu. Akan tetapi,pergaduhan besar telah berlaku kerana Tuan Baharom tidak setuju dan diatelah menghalau Ezani keluar dari rumah.

Bermula dari itu, Ezani telah membawa Balqis pergi dari situ bagi memulakan hidup baru. Malang menimpa apabila mereka ditimpa kemalangan dan Ezani telah menemui maut. Episod hidup Balqis pula penuh dengan duka semenjak kejadian itu.

Jalan cerita drama nie, aku agak ramai yang boleh buat "ramalan" apa ending nyer..hehe...tapi ade 1 episod tue mase mak Balqis nie meninggal, Balqis boleh meraung macam kena histeria pegi serang jirannya yang mulut lazzzerr tak ingat tue...haha...agak kelakar la...tapi kalo difikirkan logik, dari zaman P.Ramlee lagi dah ade cerita macam nie, kalau menikah tanpa restu bonda dan ayahanda, hidup pasti tidak berkat.

Tengok je cerita "IBU MERTUAKU". walaupon dalam cerita tue mak mertua die memang kejam la. tapi dek kerana kahwin tanpa restu, duit RM5000 yang dibekalkan pon masih tak membolehkan pasangan tersebut kekal. Sepatutnya 5K, macam boleh buat pada zaman tue. meniaga ke ape ke kan...

Ni cerita Balqis ni pulak..herm...tak guna dia nak salahkan jiran-jiran die...

Ambil la moral dari cerita-cerita kat TV nie. Sedangkan Allah pon ade berfirman Allah redha' orang yang diredhai' ibu bapanyakan...


0 comments:

Template by:
Free Blog Templates