Thursday, August 25, 2011

will pain of betrayal ever goes away?

Setiap kali teringat, setiap kali itu lah aku bencikan kamu!

Saturday, August 20, 2011

everything changing. i missed my life when everything is so simple. when does everything begin to be so complicated?

Kami selalu ketawa bersama. Selalu! aku merindui setiap detik itu. Malah lebih merindui pabila zaman dimana kami tidak mengerti apa-apa...saat kami masih suci, sesuci kain putih yang belum bercorak. Kini, duka hitam memenuhi hampir kesemua detik hidup kami. Apakah kesudahan kami semua? Itu, ini, begitu, begini, hakikatnya, hidup kami berbeza. Punya haluan masing-masing. Cuma adakala, kami berkumpul meluah rasa dan aku mulai terfikir..bilakah segalanya menjadi sebegitu rumit antara kami...

Ya Allah,
jika hanya ukhwah kami ini mampu menyelamatkan kami,
janganlah Kau tarik nikmatMu ini...
hakikatnya, kami memerlukan sesama sendiri, walaupun tidak bersama

Walaupun disaat duka,
kami tidak bersama,
hanya disaat gembira kami bertemu mata,
biarlah ianya kekal begini,
kerna kami memerlukan kegembiraan ini
setelah segala duka datang berkunjung...

Friday, August 19, 2011

I am truly, Madly and Deeply hate you! I'm gonna remember this for the rest of my life!.

Betul kata-kata hikmah, sayang itu biar berpada-pada. Sesungguhnya, ada pernah terdetik dihati kecilku, benarkah kebahagiaan yang kurasakan ini? Seakan tidak percaya kerna tidak pernah kebahagiaan ini dilanda badai. Kadang aku ragu jua, namun keraguan itu terhapus dengan kebahagiaan yang kau beri. Ternyata kini, kebahagiaan itu tidak kekal.

Penderitaan yang kau beri, kusambut dengan senyuman, hempedunya kutelan, kuberikan madu sebagai penawar. Semoga engkau sedar, madu yang kuberikan itu adalah kerna jasamu yang masih kukenang. Hempedu yang kutelan itu kian menawarkan hatiku yang manis dengan kepahitannya dan aku hanya berdoa, semoga hempedu yang kutelan itu akan hilang pahitnya suatu hari nanti, jika tidak, ia hanya akan bertukar menjadi racun yang memakan diriku dan masa hadapan kita.

Thursday, August 18, 2011

Ini adalah kisah anak remaja yang dahulunya hidupnya penuh dengan angan-angan yang suci...

Mengapa kukatakan angan-angan itu suci? Kerna ia bebas dari segalanya. Bebas dari dosa, bebas dari politik, bebas dari pelbagai macam ikatan, namun rapuh terikat pada agama.

Cita-citanya untuk berkongsi segalanya dengan dunia dan mahu membantu sesiapa sahaja. Iya, bunyi lagaknya seperti Oprah. Satu cara yang dapat dilihatnya adalah melalui penulisan. Namun, dirinya tidak mahu menjadi sekadar novelis yang menyajikan kisah-kisah cinta dongengan yang memberi angan-angan palsu, tidak berguna pada masyarakat. Dia mahu menjadi penulis yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Buku-buku sebegini tidak banyak, jika ada, selalunya kurang menarik. Dia mahu gabungan keduanya dalam penulisannya itu, menarik dan memberi inspirasi.

Namun, semakin hidup ini dijalani, semakin sukar perjalanan itu. Banyak melalaikan dirinya daripada cita-citanya itu, lantas dia langsung lupa pada cita-cita itu...

Apabila dia paling kebelakang, cita-citanya itu tidak kelihatan lagi. Entah kemana menghilangnya. Sedih dan pilu sekali hatinya...

Mungkinkah ada harapan baginya untuk kembali mengapai cita-cita itu untuk dibawa mengiringi sisa-sisa hidupnya kini?

I have lost myself while I'm in love with you...

Sepatutnya, orang yang kita sayang, membantu kita untuk mengenali diri kita sendiri. Now I've realize that I've lost myself. Segala pegangan aku, cita-cita aku dan karektor diri aku yang dibina untuk melindungi diriku telah hilang. Aku kira, aku labuhkan dinding yang kubina agar hati ini senantiasa terpelihara untuk dirimu. Aku benarkan kau untuk menyentuh hatiku, namun, setelah kau gagal menjaganya, malah menghancurkannya, mengapakah aku masih biarkan kau berada di dalam hatiku.

Kekecewaan ini, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Wajah menyajikan senyuman, namun keping-keping hati yang kau kutip semula itu masih lopong. Ada cebisan yang hilang. Itulah cebisan kepercayaan. Seumur hidupku, aku sangka kaulah insan yang paling aku percaya yang tidak akan menguris hati kacaku ini. Ternyata, bukan sahaja kau guris, malah kau hancurkan. Maka, aku mulai sedar, kau bukan Tuhan patut aku puja, kau bukan nabi patutku sanjung dan kau bukan malaikat patut aku kagumi. Kau hanyalah manusia biasa. Ternyatanya kau tidak mampu melindugi aku dari rasa kecewa. Malah, kau kini menjadi salah satu punca kekecewaanku.

Wahai diriku yang dahulu,
Kemanakah kau menghilang...
Begitu jauh aku melemparkanmu,
Begitu dalam jurang kau kucampakkan...

;;

Template by:
Free Blog Templates