Thursday, August 18, 2011

Ini adalah kisah anak remaja yang dahulunya hidupnya penuh dengan angan-angan yang suci...

Mengapa kukatakan angan-angan itu suci? Kerna ia bebas dari segalanya. Bebas dari dosa, bebas dari politik, bebas dari pelbagai macam ikatan, namun rapuh terikat pada agama.

Cita-citanya untuk berkongsi segalanya dengan dunia dan mahu membantu sesiapa sahaja. Iya, bunyi lagaknya seperti Oprah. Satu cara yang dapat dilihatnya adalah melalui penulisan. Namun, dirinya tidak mahu menjadi sekadar novelis yang menyajikan kisah-kisah cinta dongengan yang memberi angan-angan palsu, tidak berguna pada masyarakat. Dia mahu menjadi penulis yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat. Buku-buku sebegini tidak banyak, jika ada, selalunya kurang menarik. Dia mahu gabungan keduanya dalam penulisannya itu, menarik dan memberi inspirasi.

Namun, semakin hidup ini dijalani, semakin sukar perjalanan itu. Banyak melalaikan dirinya daripada cita-citanya itu, lantas dia langsung lupa pada cita-cita itu...

Apabila dia paling kebelakang, cita-citanya itu tidak kelihatan lagi. Entah kemana menghilangnya. Sedih dan pilu sekali hatinya...

Mungkinkah ada harapan baginya untuk kembali mengapai cita-cita itu untuk dibawa mengiringi sisa-sisa hidupnya kini?

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates