Thursday, November 26, 2009





Ini memberi petanda awal bahawa pementasan teater Natrah yang direncanakan pada 30 November hingga 9 Disember depan bertempat di Panggung Sari akan menjadi sebuah karya paling menyayat hati dan kemungkinan yang terhebat pernah dipentaskan di IB.

Kisah Natrah sebagaimana tercatat sejarah sememangnya memilukan khususnya bagi mereka yang berada sezaman dengan Natrah atau nama asalnya, Bertha Hertogh @ Maria Huberdina Hertogh.

Masakan tidak, Natrah yang dibesarkan sebagai Muslim sejak usianya lima tahun di Kemaman, Terengganu, dipaksa berpisah dengan suaminya, Mansor Adabi dan dengan ibu angkatnya, Che Aminah Mohamad kerana tiada perjanjian yang boleh mengisytiharkannya sebagai anak angkat sahih kepada Che Aminah secara sah selain berkahwin di bawah umur.

Dia diserahkan semula di bawah jagaan ibu bapanya beragama Kristian dan ini menimbulkan polemik 'pertentangan agama' sehingga menyebabkan rusuhan serta pertumpahan darah pada 12 Disember 1950.

Meninjau lokasi latihan pementasan Natrah, Jumaat lalu, Erma Fatima selaku pengarah berkata, berdasarkan latihan yang dijalankan selama tiga minggu, dia mendapati semua pelakon mula menjiwai 50 peratus perjalanan kisah tragis itu.

"Saya gembira dengan komitmen yang diberikan semua pelakon. Walaupun latihan semalam (19 November) agak mengecewakan kerana paras 'energy' tidak mencapai piawaian saya, hari ini saya berharap mereka dapat menebus kembali maruah semalam.

"Tinggal seminggu saja lagi Natrah akan dipentaskan dan untuk membuatkan saya berasa puas dengan hasil dari latihan sekarang itu sesuatu mustahil selagi ia tidak dipentaskan dalam bentuk pementasan sebenar," katanya.

Teruja mengarahkan teater ini, Erma memilih untuk memfokuskan elemen kasih sayang, percintaan antara Natrah dan Mansor Adabi dalam masa yang sama menyelitkan mesej di sebalik propaganda yang berlaku dalam kes Natrah.

Difahamkan, ada beberapa tuduhan palsu media barat terhadap isu akan diperbetulkan menerusi pementasan Natrah kelak.
Pada temubual itu, Erma juga memuji pelakon utama teater itu, Maya Karin, yang berjaya menjiwai watak Natrah yang hanya berusia 13 tahun ketika peristiwa berdarah itu berlaku.
"Nampak dia bersungguh-sungguh dan dapat menjiwai watak Natrah baik dari cara bertutur sehinggalah pergerakan tubuh. Remy Ishak yang membawakan watak Mansor Adabi juga membanggakan walaupun baru kali pertama membawakan watak utama dalam teater yang besar seperti ini.

"Apa yang boleh saya katakan, semua pelakon memberikan komitmen yang baik termasuklah Umie Aida sebagai Che Aminah, Samantha Subbert, Sofia Jane, Norman Hakim dan ramai lagi," katanya.

Membabitkan lebih 100 petugas merangkumi pelakon, penari, korus, pemuzik termasuk kru teknikal, Erma berharap pementasan Natrah mendapat sambutan hangat dari penonton.

Skor muzik dihasilkan komposer terkenal, Eddie Marzuki.

Sementara itu, Maya Karin berkata, meskipun menjayakan sebuah teater amat memenatkan serta memerlukan seorang pelakon mempersiapkan ketahanan mental dan fizikal namun, dia gembira kerana menjadi sebahagian individu yang penting dalaman pementasan Natrah.

"Saya memang teruja dan dalam masa sama gementar kerana sudah 10 tahun meninggalkan pentas teater. Kini, saya kembali beraksi dan kisah Natrah seperti kita tahu berlandaskan kisah sejarah.

"Tanggungjawab saya sebagai pelakon adalah untuk menghidupkan watak itu sebaik yang mungkin. Justeru, hal yang berkaitan stamina harus diberi perhatian apatah lagi akan membuat persembahan selama tiga jam," kata Maya yang mewarnakan rambutnya.

sumber: myMETRO

Macam best je kan teater kali nie? Kalo berpeluang jum la pegi tonton ramai-ramai. Kisah Natrah memang menyayatkan hati. Pelakon-pelakon teater kali nie pon hebat-hebat and I'm glad Maya Karin yang akan bawak watak Natrah. Lakonan Maya karin membawa watak Natrah lebih memberi keyakinan kepada peminat-peminat bagi teater nie. Boleh dikatakan pemilihan pelakon adalah tepat. Tapi ape pon..nantikan sahaja pementasannya di Istana Budaya. Semoga teater kali ini berjaya :D Kudos Erma Fartima di atas usahanya. :D
p/s: zaman dulu orang melayu sanggup mati untuk mempertahankan agama Islam...zaman sekarang remaja pulak sanggup mati untuk meninggalkan agama Islam.

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates